Latar belakang Ahmad Said (ahli politik)

Dato’ Seri Ahmad bin Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said bin Mohamad dan Wook binti Ali. Beliau dilahirkan pada tanggal 15 Februari 1957 di Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu. Beliau dilahirkan daripada keluarga yang hidup susah. Bapa beliau hanya bekerja sebagai nelayan dan juga dikenali sebagai Tok Nyandat iaitu penyandat nira kelapa bagi menyara kehidupan keluarga.

Walaupun hidup susah, ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar. Sejak kecil, selain suka membaca, beliau juga serasi dengan kehidupan sebagai seorang budak kampung ataupun ‘Kampung Boy’.

Sejak kecil lagi, Ahmad memiliki sikap seorang pejuang. Sikap tidak mudah mengalah dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diimpikan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Beliau juga seorang yang amat mementingkan disiplin dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang tidak berdisplin. Malah beliau turut dikenali sebagai seorang yang telus, berterus terang dan tidak suka orang yang berbohong.

Pengalaman hidup yang penuh mencabar banyak membantu membina jati diri Ahmad Said sebagai seorang insan yang amat prihatin terhadap nasib anak bangsa.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad Said (ahli politik) http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.malaysiakini.com/news/229850 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://daruliman.wordpress.com/2010/07/05/perdana-... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AhmadSa... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/3... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=111... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...